Peluang Kerjaya

PULAU INDAH MENJADI DESTINASI PERTAMA PROGRAM SERAHAN PENYATA SIMPANAN TAWAS BAGI TAHUN 2017

OLEH HAYATI YAWAS

PULAU INDAH, 5hb Februari 2017 – Awal Februari lalu, Pulau Indah buat julung kalinya mengadakan Program Semarak Kasih Jiran Sekampung yang melibatkan 4 buah kampung iaitu Kampung Sungai Pinang, Kampung Perigi Nenas , Kampung Teluk Nipah dan Kampung Sungai Tembung.  Karnival yang diadakan selama 2 hari itu telah dianjurkan oleh Pejabat Pusat Khidmat DUN Pelabuhan Klang .YAWAS turut dijemput bagi membuka kaunter serahan penyata, kad  dan kaunter pendaftaran Program-Program Inisiatif Peduli Rakyat (IPR).
Menurut Encik Azmizam Zaman Huri, Pegawai Penyelaras DUN Pelabuhan Klang, beliau mahu penduduk-penduduk di kawasan Pulau Indah ini cakna dan tidak terlepas segala maklumat tentang Program IPR di bawah Kerajaan Negeri Selangor.

Seramai 3000 orang dianggarkan telah mengunjungi khemah IPR sepanjang ia dibuka. Sepanjang kaunter TAWAS dibuka seramai 1026 orang Ahli TAWAS telah mengambil Penyata Simpanan dan Kad TAWAS mereka di karnival tersebut.

Karnival tersebut turut diserikan lagi dengan perasmian oleh Y.A.B Dato’ Seri Mohamed Azmin Bin Ali, Dato’ Menteri Besar Selangor. Turut hadir ialah Y.B Mat Shuhaimi Haji Shafiei, ADUN Sri Muda, Y.B Dr. Xavier Jayakumar, ADUN Seri Andalas, Y.B Haniza Binti Mohamed Talha ,   ADUN Taman Medan dan juga Haji Borhan Bin Aman Shah, Pegawai Penyelaras DUN Dengkil.


Artikel Lain