Pengenalan YAWAS

Maklumat Ringkas YAWAS

Yayasan Warisan Anak Selangor (YAWAS) merupakan syarikat dibawah seliaan Menteri Besar (PEMERBADANAN). YAWAS telah ditubuhkan pada 05 Februari 2009 dibawah Program Merakyatkan Ekonomi Selangor (MES)

Produk utama YAWAS adalah Tabung Warisan Anak Selangor (TAWAS) yang memberi perkhidmatan pendaftaran bagi anak kelahiran selangor untuk mendapatkan RM1500 pada usia mereka 18 tahun. Selain itu, YAWAS telah dipertanggungjawab menyediakan pangkalan data dan membangunkan sistem Jom Shopping Perayaan, Back To School, Skim Mesra Usia Emas, Ibu Tunggal dan I-Workfare. YAWAS juga turut menyediakan perkhidmatan pendaftaran bagi program Skim Mesra Usia Emas, Ibu Tunggal dan I-workfare.

Objektif

Berdasarkan Perkara 3 dalam Memorandum and Articles of Association (M&A) , penubuhan YAWAS adalah untuk mewujudkan, menganjurkan, mentadbir dan menyelenggara suatu dana untuk digunakan semata-mata bagi faedah dan kebajikan rakyat Selangor yang lahir dan didaftarkan di Negeri Selangor pada dan selepas 1 Januari 2008.

Penetapan tarikh 1 Januari 2008 ini adalah suatu titik permulaan pada penubuhan Tabung Warisan Anak Selangor yang merupakan salah satu program di dalam Agenda Merakyatkan Ekonomi Selangor (MES) yang diilhamkan oleh Kerajaan Negeri Selangor pada 2008.

Visi

Yayasan tersohor dalam pengurusan kebajikan anak-anak Selangor

Misi

  • Warga kerja yang berwibawa professional dan kompeten
  • Memberi perkhidmatan yang berkualiti kepada pelanggan
  • Pengurusan dana yang telus dan berintegriti
  • Kecemerlangan kualiti operasi yang berterusan
  • Pengurusan pentadbiran yang diyakini dan dipercayai