Tabung Warisan Anak Selangor (TAWAS)

Pengenalan TAWAS

Tabung Warisan Anak Selangor atau singkatannya TAWAS, merupakan antara program penting dalam agenda Merakyatkan Ekonomi Selangor (MES) Fasa 1. TAWAS beserta logonya selamat dilancarkan secara rasmi bersempena dengan Sambutan Ambang Merdeka Peringkat Negeri Selangor pada 30 Ogos 2008. Program ini diuruskan oleh Yayasan Warisan Anak Selangor (YAWAS) dan ianya terbuka kepada anak-anak kelahiran Negeri Selangor yang memenuhi syarat. Permohonan juga perlu dilakukan sebelum anak berusia 3 tahun.

Pada 17hb Ogos 2015, menerusi Mesyuarat Kedua Penggal 3 dalam Sidang Dewan Negeri Bahagian Ketiga Belas, satu Enakmen Tabung Amanah Warisan Anak Selangor telah diluluskan bertujuan memastikan Ahli TAWAS menerima RM1, 500.00 apabila mencapai usia 18 tahun kelak. Tabung Amanah berkenaan diuruskan oleh Kerajaan Negeri Selangor.

Bermula dari 1hb Mac 2014, YAWAS telah memperkenalkan Skim Khairat Kematian TAWAS bernilai RM 1,500.00 yang akan diberikan kepada waris Ahli TAWAS sekiranya ahli meninggal dunia sebelum mencapai usia 18 tahun.

Untuk mengetahui maklumat lanjut mengenai TAWAS atau ingin membuat permohonan sebagai ahli boleh layari laman sesawang utama TAWAS berikut :

Maklumat Lanjut TAWAS




Syarat - Syarat Permohonan

Syarat 1

Permohonan adalah terbuka kepada Anak Selangor yang bermaksud rakyat D.Y.M.M Sultan Selangor yang memenuhi kriteria seperti berikut:

  • Warganegara Malaysia, DAN Lahir di negeri Selangor atau luar negeri Selangor mulai 1hb Januari 2008.
  • Ibu atau Bapa lahir di negeri Selangor, ATAU Ibu atau Bapa lahir di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur sebelum 1hb Februari 1974.
Syarat 2

Permohonan adalah terbuka kepada 'Anak yang dilahirkan di Negeri Selangor' yang memenuhi kriteria seperti berikut:

  • Warganegara Malaysia.
  • Lahir di negeri Selangor mulai 1hb Januari 2008.
  • Ibu dan bapa bukan kelahiran Selangor tetapi telah menetap di Negeri Selangor minimum 5 tahun
  • Perlu dapatkan cop pengesahan bermastautin
Syarat 3

Permohonan adalah terbuka kepada 'Anak yang dilahirkan di Negeri Selangor' yang memenuhi kriteria seperti berikut:

  • Warganegara Malaysia.
  • Lahir di luar Negeri Selangor, daerah negeri lain yang bersempadan dengan negeri Selangor iaitu (Negeri Sembilan, Perak dan Wilayah Pesekutuan Kuala Lumpur) yang sama dengan ibu atau bapa mulai 1hb Januari 2008.
  • **Ibu/Bapa yang lahir di daerah negeri lain yang sama didaftarkan (merujuk kepada perkara 2) dan sedang menetap di daerah sempadan yang sama
  • **Ini merujuk kepada contoh berikut :-
    Anak lahir di sempadan Selangor iaitu Negeri Sembilan, DAN; Ibu/Bapa mestilah lahir di Negeri Sembilan (sama dengan anak yang ingin didaftarkan) serta perlulah menetap di Selangor yang beralamat di daerah sempadan yang sama (Negeri Sembilan) dan perlu mendapatkan cop pengesahan mastautin hanya daripada :-
  • Perlu dapatkan cop pengesahan bermastautin daripada Ketua Kampung, Penghulu dan Pengerusi Taman Perumahan, Ketua Komuniti dan Nazir Masjid SAHAJA