Pengenalan

Melalui skim baru ini, ibu bapa yang layak dan memenuhi syarat akan menerima bantuan yuran TASKA atau Nurseri anak-anak mereka yang berusia 4 tahun ke bawah sebanyak RM100 setiap bulan. Bantuan yuran tersebut akan dibayar terus kepada TASKA atau Nurseri.
ASUH PINTAR (sebelum ini dikenali sebagai SIKEMBAR)

Syarat Permohonan

Ibu/Bapa Mestilah Warganegara Malaysia
Ibu/Bapa lahir di Negeri Selangor ATAU Bermastautin di Negeri Selangor secara sah sekurang-kurangnya 5 tahun (bagi yang bukan kelahiran Negeri Selangor)
Ibu/Bapa menetap di negeri Selangor
Syarat Pendapatan Isi Rumah Mestilah RM 5000 Ke Bawah
Ibu dan bapa mestilah bekerja
Anak Berumur 4 Tahun Dan Ke Bawah
Terhad Kepada 2 Orang Anak Sahaja