Pengenalan

"Y.A.B. Menteri Besar telah menginspirasikan hasrat beliau menerusi ucapan Belanjawan Negeri Selangor 2019 untuk menambah nilai dalam program Insentif Perkahwinan Belia (IPB) dengan pengisian program pembangunan kekeluargaan dan kerohanian bagi memantapkan institusi keluarga muda terutamanya di awal usia perkahwinan. Beliau juga tidak hanya mahu fokus kepada pemberian bantuan kebajikan dan simpati semata-mata malah beliau ingin menekankan aspek memberi daya melalui pemerkasaan kepada para penerima manfaat dan dalam konteks ini adalah kepada golongan belia Selangor yang baru berkahwin."

Kesinambungan daripada hasrat tersebut, Program Insentif Generasi Muda Selangor (iGems) diwujudkan dengan pendekatan pengisian ilmiah melalui pelaksanaan kursus kekeluargaan dan juga pemberian wang insentif.

Dengan wujudnya program ini diharapkan golongan belia dapat manfaatkan ilmu yang diperoleh untuk dipraktikkan dalam institusi keluarga masing-masing.

Manfaat

Nilai insentif : RM 300 seorang (salah seorang suami atau isteri atau kedua-dua suami dan isteri - tertakluk kepada yang menepati syarat layak program IGEMS)

Pemberian melalui Baucer Cenderahati Premium (BCP) bernilai RM 300 dan diserahkan kepada penerima pada hari kursus. *Penerima perlu hadir ke bank BSN untuk menukarkan BCP dalam bentuk sijil simpanan premium dan boleh ditunaikan selepas 45 hari berkerja atau boleh disimpan sahaja.

Syarat Permohonan Berdasarkan Individu

Pendaftaran hendaklah dibuat secara atas talian (online) sahaja
Warganegara Malaysia
Kelahiran Negeri Selangor atau bukan kelahiran Negeri Selangor
Bermastautin di Negeri Selangor sekurang-kurangnya 10 tahun (Alamat MyKad mesti Negeri Selangor)
Pengundi berdaftar di Negeri Selangor sewaktu pendaftaran dibuat
Telah berkahwin dalam tempoh 6 bulan ke bawah sewaktu pendaftaran dibuat
Perkahwinan kali pertama sewaktu pendaftaran dibuat
Berumur 40 tahun dan ke bawah sewaktu pendaftaran dibuat
Pendaftaran terbuka kepada pasangan yang berkahwin bermula 1 September 2018 dan ke atas. (*Bagi pasangan yang berkahwin bermula 1 September 2018 sehingga 31 Disember 2019, pendaftaran boleh dibuat sehingga 31 Jun 2020 sahaja)

Syarat Kelayakan Penerima Insentif RM300

Suami atau isteri atau kedua-duanya sekali mesti memenuhi Syarat Permohonan iGems
WAJIB hadir kursus secara berpasangan (suami dan isteri)
Hadir dan tamat modul kursus yang dilaksanakan