Pengenalan

Program ini bertujuan membantu meringankan beban ibu-bapa membayar yuran TADIKA anak-anak mereka. Kerajaan Negeri Selangor menyumbangkan bantuan RM50 setiap bulan kepada mereka yang layak. Bantuan ini disalurkan terus kepada TADIKA yang mempunyai sijil pendaftaran dari Jabatan Pendidikan Negeri Selangor (JPNs), Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS), Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS), Jabatan Perpaduan Negara (JPN)

Syarat Permohonan

Ibu/Bapa Mestilah Warganegara Malaysia
Ibu/Bapa lahir di Negeri Selangor ATAU Bermastautin di Negeri Selangor secara sah sekurang-kurangnya 5 tahun (bagi yang bukan kelahiran Negeri Selangor)
Ibu/Bapa menetap di negeri Selangor
Syarat Pendapatan Isi Rumah Mestilah RM 3000 Ke Bawah
Anak Berumur 5 dan 6 Tahun
Anak mestilah belajar di Tadika Berdaftar sahaja